CeriteNye Ceni..

Ini la Dye Nye..

Pada hari ini 29.10. 1883, banjir besar telah berlaku di Sungai Selangor. Banjir itu telah menyebabkan robohnya Empangan Kuala Kubu lalu menenggelamkan seluruh pekan Kuala Kubu. Peristiwa penting ini dicatatkan dalam sejarah kerana bertolak dari peristiwa inilah lahirnya pekan Kuala Kubu Bharu yang ada sekarang. Empangan yang roboh itu panjangnya kira-kira 1.6 kilometer dan lebarnya melebihi 91.4 meter. la dibuat dari batang-batang kayu dan ditambak dengan tanah merentangi Sungai Kubu iaitu anak Sungai Selangor. .

Daerah Kuala Kubu sering dilanda hujan. Ini menyebabkan kerap berlaku banjir di Sungai Selangor. Sungai itu pula menjadi cetek oleh takungan tanah dan pasir yang mengalir akibat hujan dan kegiatan melombong di bahagian hulu sungai. Lama-kelamaan Sungai Selangor menjadi sebak dan apabila hujan lebat turun menyebabkan sungai banjir dan empangannya tidak dapat lagi membendung arus air yang deras serta menyebabkan empangan itu roboh.

Kejadian itu telah mengorbankan nyawa dan harta benda. Seramai 33 orang termasuk Cecil Ranking, Pegawai Daerah dan Majistret pertama Inggeris di daerah itu telah terkorban; 38 buah rumah hanyut dan satu-satunya mata pencarian penduduk kawasan itu iaitu mendulang bijih timah juga turut terjejas. Tragedi pecahnya Empangan Kuala Kubu itu juga dikenali sebagai 'Sejarah Kuala Kubu'.

Kuala Kubu dibuka pada kurun kelapan belas oleh orang-orang Melayu dan mereka merupakan perintis kepada kegiatan melombong bijih di daerah itu, sehingga dapat membina empangan besar untuk kerja-kerja mendulang bijih. Daerah itu juga pernah menjadi kubu pertahanan Raja Mahadi dan Syed Mashor menentang angkatan perang Tengku Kudin dalam Perang Saudara di Selangor pada tahun 1867-1874.

Usaha-usaha untuk membangunkan semula Kuala Kubu telah dibuat dan pada tahun 1931, maka lahirlah pekan Kuala Kubu Bharu yang kekal hingga ke hari ini sebagai pusat pentadbiran daerah Hulu Selangor, menggantikan Kuala Kubu Lama yang kini tinggal dalam kenangan.

No comments: