Siape Dye Ni??


7/10/1951 -----> Pembunhan Henry Gurney

Pada tarikh yang tertulis di atas, Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney telah mati terbunuh dalam satu serangan hendap pengganas-pengganas komunis di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser. Henry Gurney berusia 53 tahun, bekas Ketua Setiausaha Pentadbiran Inggeris di Palestine telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948 bagi menggantikan Sir Edward Gent.

Henry Gurney bersama isterinya dan Setiausaha Peribadi D.J. Staples bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Bukit Fraser kerana urusan rasmi dan untuk berehat. Apabila kereta Rolls Royce yang membawa rombongan Gurney itu dengan kibaran bendera "Union Jack" dipandu oleh Konstable Mohd Din sedang mengambil selekoh S di batu 56 1/2, kira-kira 8 batu dari Bukit Fraser, tiba-tiba Rolls Royce menjadi sasaran peluru tembakan pengganas-pengganas komunis.

Pembunuhan yang dilakukan tidak menjejaskan langsung tugas-tugas Gurney yang belum diselesaikannya. Kematiannya tidak bererti berakhir usaha-usaha menghancurkan komunis di Tanah Melayu malah kejadian ini telah memberi perangsang dan semangat kepada rakyat Tanah Melayu untuk melawan kekejaman, keganasan dan kezaliman komunis. Akhirnya, pasukan keselamatan telah berjaya menuntut bela kematian Gurney dengan membunuh dan melawan anggota dan ketua gerombolan konmunis yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan tersebut.

Jasad Henry Gurney disemadikan di Perkuburan Kristian Jalan Cheras pada 8 Oktober 1951 dengan penuh kehormatan negara.




2 comments:

asbestos kulukux said...

ap kaitan ko ngan en. gurney nie??

dauskecik said...

hehe..dye ni org british yg bertapak kt kkb dulu..hihi..